RAmadHAn Ke2

ramadhan ke2..

kat cn akan diletakkn sbyk info tntg puase..

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan
buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit
kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin  juga kerap
kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit  kepala, lenguh
badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,  sebelum keluar dari
badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak  serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan
berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah
dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan,
masalah tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur,
buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.

Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam

(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang,
gout dan alahan.

(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan

(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.

(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger,
sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air
bertakung dalam badan (water retention)

(v) Merokok

p/s: smlm g pasar ramadhan kat stadium..meriah gak la tp aku just cuci mata je 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: